Skip to main content
Sape Sarawak
Menu
Browse Items
Browse Collections
About
Search using this query type:
Keyword
Boolean
Exact match
Search only these record types:
Item
File
Collection
Advanced Search (Items only)
Search
Browse Items (24 total)
Browse All
Search Items
Previous Page
of 3
Next Page
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Terpukau dengan keunikan alat muzik #Sape #Sarawak
Sape' lazimnya diperbuat dari jenis kayu lembut yang mudah ditebuk contohnya Kayu Pelaik (Kayu Gabus), Meranti dan Tebuloh atau juga boleh dibuat dengan kayu jenis keras seperti Nangka, Belian dan sebagainya. Pemilihan jenis kayu yang bagus untuk membuat Sape' juga perlu dititikberatkan kerana semakin keras dan padat jenis kayunya, semakin bagus bunyi yang dihasilkan melaluinya. Ia berbentuk seakan-akan perahu. Bahagian permukaan depannya diratakan, sementara di bahagian belakangnya pula ditebuk lubang yang memanjang dan tidak terlalu dalam. Ketebalan pada bahagian sisi dan permukaannya haruslah sekata bagi memastikan kualiti suara yang dihasilkan cukup merdu dan jelas. Pada zaman dahulu, tali Sape' diperbuat dari Rotan yang diraut halus atau dari serat pelepah & tangkai pohon Enau (Ijok) dan kini tali tersebut digantikan dengan tali logam gitar.
Pembuatan Sape merupakan sebuah alat muzik tradisi Orang Ulu yang terkenal di kalangan kaum Kenyah dan Kayan di Sarawak. Berbentuk seperti bot dan seruling, diperbuat daripada batang kayu. Cara memainkannya lebih kurang sama seperti bermain gitar. Di permukaannya kebiasaan mempunyai ukiran bermotif Orang Ulu di Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam. Versi asal alat muzik ini ialah dua tali dan kini ia diubah kepada empat atau lebih.
Proses pembuatan Sape Sarawak
Sejarah pengenalan tentang sape
Sape Community Binder
Karyawan Seni Negara yang juga merupakan Pengarah Muzik Kampung Budaya Sarawak (SCV) Narawi Rashidi telah ditemu bual oleh Utusan Borneo baru-baru ini mengenai cadangannya untuk membawa masuk muzik sape ke sekolah-sekolah khususnya di negeri ini.
Ditanya mengenai mengapa sape dicadang untuk program Sape To School, Narawi berkata, sape telah membuktikan ia telah diminati ramai yang bukan sahaja dalam kalangan masyarakat tempatan malah telah pun menembusi industri antarabangsa.
Jelasnya, pembuatan sape juga telah semakin hari semakin banyak diceburi dan beberapa penulis juga telah memulakan penerbitan buku sape.
SAPE
Asal Usul Instrument Muzik Sape
3D model Sape
Previous Page
of 3
Next Page
Output Formats
atom
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2